Jun Hair & Beauty (M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat kepunyaan tunggal Bumiputra yang di daftarkan pada tahun 1989 sebagai sebuah syarikat perniagaan di dalam bidang kecantikan dan kosmetik.
Ia memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sambil menimba pengalaman serta membina kepercayaan pelanggan dan juga pembekal, kini syarikat Jun Hair & Beauty telah menyesuaikan dan memantapkan kedudukan di pasaran setanding dengan syarikat gergasi lain di pasaran dalam bidang kecantikan dan kosmetik. Syarikat Jun Hair & Beauty pada asasnya tertumpu di bidang kecantikan dan kini Jun Hair & Beauty telah mampu mengeluarkan produk sendiri dengan nama jenama De’Wajah.
Produk De’Wajah yang meliputi rangkaian penjagaan kecantikan muka,rambut dan badan kini boleh di dapati di semua stokis dan pengedar De’Wajah di lebih 300 Buah cawangan seluruh Negara termasuk Negara Brunei Darussalam dan juga Singapura.
Selain memasarkan produk keluaran De’Wajah, syarikat Jun Hair & Beauty juga menyediakan perkhidmatan rawatan SPA dan menyediakan pelbagai jenis rawatan.Ia juga lebih di kenali sebagai De’Wajah Beauty & SPAyang berpusat di Plaza Alam Sentral Shah Alam-Selangor Darul Ehsan.
Kini produk De’Wajah semakin kukuh dan di kenali oleh segenap lapisan masyarakat khususnya kaum wanita. Kita mengucapkan selamat mencuba dan “Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda Dengan Produk De’Wajah” |